Cuba kita bayangkan keadaan langit yang membiru, kosong tanpa secalit cerca. TUHAN itu Maha Pemurah, lalu Dia ciptakan awan sebagai lukisan langit, so that the next time we lay our eyes ke arah langit, hati kita jadi lebih sejuk dan gembira berbanding melihat langit yang kekosongan.
Semakin lama kita merenung langit yang berawan, kita jadi semakin bosan dan we ask for more, TUHAN itu Maha Mengetahui, lalu dia terbangkan burung-burung yang pelbagai warna, bentuk dan saiz untuk melintasi pandangan kita sekali sekala, untuk menambahkan elemen kejutan pada pemerhatian kita.
Banyak yang melihat tapi tak banyak yang berfikir. Awan itu tidak diciptakan sekadar menghiasi ruang awan, tetapi awan mengandungi hujan yang akan turun membasahi bumi yang kekeringan dan memberikan kehidupan kepada hidupan yang bergantung kepada air. Dan hujan yang turun itu bukanlah meragut kesemua lukisan alam, malah lukisan yang lebih cantik pula yang timbul; pelangi. Tujuh warnanya yang bukan sahaja menyerikan alam, malah memberikan inspirasi kepada saintis untuk mengkaji kebolehan air yang lain.
Burung-burung yang dicipta, bukan hanya untuk halwa mata tetapi setiap burung mempunyai jiwa, mempunyai hati yang bersih yang sentiasa berzikir kepada ALLAH. Mereka juga mempunyai keluarga yang dibina untuk terus menghiasi bumi dan mensyukuri nikmatNYA.
Setelah difikirkan, cuba kita renung, berapa kali kita melihat keindahan dunia dan berfikir mengenai kebaikan dan hikmah ciptaanNYA? Berapa ramai yang megucapkan SubhanaLLAH setip kali terpandang ciptaanNYA yang indah-indah? Bersyukurlah kita dan renunglah setiap keindahan itu dan ucaplah pada diri kita..’Tiada sesuatu pun yang diciptakan sia-sia..’