Emakku bernama Hasnah bt Mohamad, merupakan seorang yang sangat cantik dimataku, mempunyai senyuman yang mampu menyejukkan mata dan mempunyai pandangan yang sangat jauh. Paling menarik tentang emak ialah beliau seorang yang sangat berdikari dan bijak. Di dalam ketegasan beliau, masih ada sikap kebudak-budakan yang menyebabkan kebanyakan kanak-kanak suka dengan beliau. Pada usia sekarang, beliau masih gemar menonton cerita fairy tale, bermain permainan budak-budak dan membuat suara-suara pelik yang menyebabkan budak-budak ketawa. Emak juga seorang yang sangat peramah,mana beliau pergi, ada je yang beliau kenal.
Selama aku hidup, aku banyak melihat penderitaan emak di dalam membentuk keluarga dan membesarkan anak-anak. Emak sangat tabah. Sebesar mana dugaan yang diterima, beliau tidak pernah menyalahkan TUHAN, malah ada sahaja penyelesaian yang dicapai. Emak pernah kena buatan orang, tetapi emak tetap memaafkan orang tersebut dan tak pernah terlintas di jiwa beliau untuk memulangkansemula sihir tersebut kepada tuan punyanya.
Emak banyak membantu aku membesar. Emak juga banyak berkoraban untuk kebahagiaan anak-anaknya. Sebanyak mana pengorbanannya? Apabila anak-anak emak membuat salah, emak akan berdiri dan membela mereka. Di sini aku memberikan contoh bagi pengorbanan yang emak buat untuk kami:
**A’yen telah membuat kesalahan jalan raya yang melibatkan undang-undang, emak yang membantu menyelesaikan masalah beliau, membantu A’yen membela diri bagi mengelakkan hukuman. Akhirnya, A’yen boleh drive semula. Bila A’yen berkahwin, emak tak habis-habis memuji anaknya kelihatan muda dan comel dihadapan semua orang. Dia bangga anaknya yang dibesarkan 27 tahun telah berjaya mendirikan rumahtangga.
**A’yeh, mengalami kemalangan yang merosakkan kereta abah. Emak berusaha menutup perbuatannya dengan menggadai barang kemasnya untuk membaiki kereta abah. A’yeh je yang tak tahu, dia ingat mak marah tapi, emak marah kerana emak risau dia kene marah ngn abah dan emak sayang anak dia… emak pernah memuji bahawa kasih sayang A’yeh pada emak adalah yang paling sejati. Mungkin benar kerana A’yeh sentiasa ada bersama emak, sampai sekarang.
**Aku.. emak selalu puji aku cantik walaupun TUHAN jela yang tahu.. Emak selalu kata aku ni anak yang paling cantik kerana emak nak aku bangga dengan diri aku, nak aku membesar dengan keyakinan. Aku seorang yang pendiam semasa kecil, takut dengan orang. Emak bawa aku pergi ke majlis-majlis yang membolehkan aku bersosial dan membiasakan diri dengan orang ramai, sehinggalah aku menjadi aku yang hari ini. Emak tahu aku suka membaca, tetapi karanganku teruk. Emak lah yang membantu aku membuat karanganku sehingga aku berjaya mencontohi setiap bait perkataannya sehingga aku berjaya menjadi pelajar bahasa melayu terbaik. Aku tidak akan lupa pengorbanan emak untuk aku. Terutamanya bila emak menyelamatkan aku daripada dimalukan keluarga mertua dan melindungi aku ketika aku menghadapi krisis rumahtangga. Emak tidak menyebelahi sesiapa tetapi emak tetap buat aku percaya masih ada sinar buatku. Emak lah yang membantu aku hidup. Aku sayang emak..sangat sayang.
**Ikin, putus cinta, emak bagi dia semangat. Tengok, emok sporting kan? Emak kata, its ok, ikin muda lagi, ramai lagi yang lain di luar sana. U r just not meant to be together or u r just too good for him. Emak juga sangat berbangga dengan kejayaan ikin sekrang. Dulu kami selalu mengutuk ikin kerana suka berimaginasi tapi mak kata, berimaginasi macam tu baik untuk minda, Ternyata emak betul. Ikin dah berjaya menjadi pelajar perubatan di Universiti terkenal dengan pembiayaan dan tak lama lagi ikin akan menjadi doktor yang berjaya. Kakak harap ikin tak lupakan jasa emak..
**Uyu, mak sayang kat dia, just maybe emak tau perangai anaknya. Emak bagi dia peluang memilih jalan hidupnya, tidak seperti anak-anak yang lain yang emak tentukan. Emak nak uyu membesar menjadi anak yang berguna dan anak dara yang ada market..:) yang penting emak tidak memaksa uyu memlih masa depan uyu. Uyu kata uyu sunyi dan emak kata kesunyiaan itu adalah daripada syaitan. Kalau kita layan, kita yang merana. Uyu tengoklah bagaimana emak mengatasi kesunyiannya tanpa anak dan suami di sisi. Bolehkah Uyu menjadi sekuat emak?
**Nor, emak rasa Nor anak yang cukup berbakat di dalam pelbagai bidang. Terlalu universal hingga emak rasa bidang kemahiran paling sesuai untuk Nor. Emak pernah beritahu aku, dalam ramai-ramai anaknya, Nor lah yang akan menjadi paling berjaya dan paling kaya. Jangan lupa Nor, emak tu sangat berpandangan jauh, dan dia tahu apa yang dia katakan. Emak buat kakak percaya bahawa Nor mampu berjaya dan hiduplah dengan keyakinan itu.
**Farah, anak emak yang paling manja. Dah tingkatan 5 pun masih tidur dengan emak. Farah juga merupakan anak yang manis dan kerana itu banyaklah dugaan cinta yang datang menimpa. Emak tidak mahu Farah gagal dan terluka, maka emak bersikap tegas di dalam mendidik farah. Tunggulah bila Farah dah boleh mengimbangi hidup sendiri, carilah cinta itu. Jangan pula terlepas pandang pada cinta sejati yang tidak pernah pudar..kecintaan kepada emak.
Setelah kita tahu betapa sayangnya emak pada kita, masih mahukah kita meninggikan suara kepada emak? Sanggupkah kita hidup tanpa bertanya khabar emak setiap hari? Terfikirkah kita apa yang emak makan setiap hari semasa emak bersendirian, atau adakah emak tidak makan? Cukup sayangkah kita pada emak kalau kita sampai buat air mata emak menitis? Emak menangis bersama kita tapi bila emak menangis, adakah kita bersama emak??
Aku tak banyak mengetahui cerita-cerita adik-beradik yang lain kerana emak tak mahu aku atau yang lain memandang rendah kepada adik-beradik yang bermasalah. Emak juga banyak memendam rasa. Tapi emak kuat. Sangat kuat sehingga tiada penyakit yang mampu buat emak berdiam diri di rumah. Emak akan keluar mencari rezeki untuk kami dan memastikan keperluan kami cukup. Aku sangat kagum dengan kebolehan emak membesarkan 7 orang anak. Aku juga mahu menjadi seorang ibu sepertinya, yang bukan sekadar ibu tetapi kawan, lawan dan pemberi semangat meneruskan kehidupan.
Emak, intan sangat menyayangi emak dan emaklah pedoman intan di masa hadapan.
Untuk sesiapa yang membaca, hayati lirik lagu ini:
Mamma
But the love you gave me will always live
I will cry everytime I think that someday the lyrics will come to life, to say goodbye to each other. But I hope emak akan hidup dengan lebih lama kerana aku berhutang kasih sayang dengan beliau. Masih belum sempat aku gembirakan hati emak. Emak, tunggulah, intan akan bahagiakan emak, bermula sekarang..insyALLAH. dan jika ada sesiapa yang mahu sakitkan emak, they'll have to hurt me first, i promise u emak.
Ya ALLAH, KAU ampunilah dosa ibubapaku, KAU sayangilah emak lebih daripada dia menyayangiku semasa kecil, dan KAU berkatilah hidupnya dengan memberinya kebaikan dunia dan akhirat dan, janjikanlah syurga untuknya. Kasih sayangnya tidak terbalas, oleh itu KAU haramkanlah tubuh emak daripada api neraka..Amin.




