Tuesday, October 19, 2010

Lupakah kita?

Sejak kecil kita dijaga oleh sistem pertahanan tubuh. Bila kita lapar, otak lapar akan dirangsang dan kita akan makan, sama macam bila kita haus. Sistem pertahanan badan akan ingat setiap penyakit yang masuk ke tubuh kita dan menjaga kesihatan kita agar kita dapat beribadah dan bekerja menjalani kehidupan yang normal. Kenapa? Untuk ingatkan kita, kita ada tanggungjawab menjaga tubuh badan yang dipinjamkan kepada kita ni. Semakin hari badan kita akan semakin kuat kemudian, hukum alam, kita akan menjadi semakin tua dan semakin lemah.

Bila kita semakin berusia, kita menjadi semakin malas untuk menjaga diri kita. Berapa ramai antara kita yang membiasakan minum air sebanyak 8 gelas sehari? Dan berapa banyak yang minum air suam kosong sebanyak 8 gelas sehari? Berapa ramai yang mengelak dari makan makanan yang memudaratkan? Berapa banyak yang bersenam untuk kekalkan stamina agar tidak malas untuk bersolat dan beribadat? Berapa ramai yang bersolat?

Bila kita semakin tua, badan kita semakin lemah untuk mengingatkan kita tentang apa yang kita perlu lakukan untuk sentiasa sihat. Otak dahaga sudah tidak aktif maka kita hanya minum bila kita rasa mahu minum. Selebihnya kita hanya akan bekerja meningkatkan taraf hidup atau berseronok. Bila tiba bulan ramadhan, masa ini lah masa untuk otak dahaga kembali aktif, air suam pun rasa nikmat bagai disyurga. Maklumlah, berbuat dosa itu adalah kegembiraan. Namun tak semua dipandang dengan pandangan negatif. Bila berbuka, air dicapai dahulu. Lega tekak dibasahi air yang selama ini kita tak pandang pun.

Bagus juga ada bulan ramadhan. Mengingatkan kita bahawa ada tubuh yang perlu kita jaga, bukan dengan memakan makanan yang memudaratkan tetapi sedap sahaja. Bila semakin berusia lagi, semakin kita malas untuk minum dan tidur pada waktunya. Padahal, dalam solat pun ada waktu rehat, ini kan pula badan yang kita bawa sepanjang hari mencari rezeki dan membaiki kehidupan. Kalau tak tidur 8 jam pun tak mengapa lah jika masa sedar itu diisikan dengan ibadah. Ini pergi berfoya-foya, berbual kosong atau menghabiskan masa di hadapan televisyen. Bukan sahaja badan semakin penat, malah semakin sakit.

Bila badan semakin sakit, mula lah farmasi dikunjungi, doktor didatangi. Untuk memulihkan hidup yang semakin lesu. Ubat di makan, badan kembali sihat tetapi badan masih tidak dijaga. Ramai yang tidak sedar bahawa bagaimana kita menjaga diri juga akan ditanya di akhirat kelak. Pernah kah kita bangun pagi, dan mendapati diri kita semakin sihat dan bibir mula melafazkan ‘AlhamduliLLAH’? atau kita menjerit kegembiraan kerana sudah boleh pergi berkelah dan bersiar-siar bertemu kekasih hati? Suka kah kita jika perbuatan baik kita dilupakan begitu sahaja? Apakah pandangan ALLAh terhadap kita dengan sikap mudah lupa kita? Atau masihkan ALLAH memandang kita dengan pandangan kasih sayang ataukah DIA memandang kita dengan pandangan murka? NauzubiLLAH!

Tulisan ini mungkin mempunyai beberapa kesalahan ejaan. ia boleh di ubah. Alangkah baiknya jika kita mampu melihat kesilapan diri kita seperti kita mencari kesalahan ejaan yang seterusnya dan mengubah takdir kita.Fikir-fikirkanlah….

Saturday, April 17, 2010

Tiada sesuatu pun yang diciptakan sia-sia

Cuba kita bayangkan keadaan langit yang membiru, kosong tanpa secalit cerca. TUHAN itu Maha Pemurah, lalu Dia ciptakan awan sebagai lukisan langit, so that the next time we lay our eyes ke arah langit, hati kita jadi lebih sejuk dan gembira berbanding melihat langit yang kekosongan.

Semakin lama kita merenung langit yang berawan, kita jadi semakin bosan dan we ask for more, TUHAN itu Maha Mengetahui, lalu dia terbangkan burung-burung yang pelbagai warna, bentuk dan saiz untuk melintasi pandangan kita sekali sekala, untuk menambahkan elemen kejutan pada pemerhatian kita.

Banyak yang melihat tapi tak banyak yang berfikir. Awan itu tidak diciptakan sekadar menghiasi ruang awan, tetapi awan mengandungi hujan yang akan turun membasahi bumi yang kekeringan dan memberikan kehidupan kepada hidupan yang bergantung kepada air. Dan hujan yang turun itu bukanlah meragut kesemua lukisan alam, malah lukisan yang lebih cantik pula yang timbul; pelangi. Tujuh warnanya yang bukan sahaja menyerikan alam, malah memberikan inspirasi kepada saintis untuk mengkaji kebolehan air yang lain.

Burung-burung yang dicipta, bukan hanya untuk halwa mata tetapi setiap burung mempunyai jiwa, mempunyai hati yang bersih yang sentiasa berzikir kepada ALLAH. Mereka juga mempunyai keluarga yang dibina untuk terus menghiasi bumi dan mensyukuri nikmatNYA.

Setelah difikirkan, cuba kita renung, berapa kali kita melihat keindahan dunia dan berfikir mengenai kebaikan dan hikmah ciptaanNYA? Berapa ramai yang megucapkan SubhanaLLAH setip kali terpandang ciptaanNYA yang indah-indah? Bersyukurlah kita dan renunglah setiap keindahan itu dan ucaplah pada diri kita..’Tiada sesuatu pun yang diciptakan sia-sia..’

Thursday, April 8, 2010

we are equal

I always learned the hard way..rasa-rasanya apakah kebaikan belajar dgn cara begitu?
kadang-kadang rasa macam sangat teruk bila belajar sambil diherdik guru, dihina dan di layan seperti sampah. i never deserve to be treated that way. entah apa yg bagus sangat pada mereka sehingga mereka memperlakukan 'pelajar' seperti aku seolah-olah ilmu itu akan habis dikaut aku.
Tapi, itulah, setiap manusia pasti melalui jalan yang sama, no shortcut to happiness and kejayaan takkan digenggam tanpa air mata. Alangkah bagusnya jika semua guru yang sepatutnya mengajar turut mengamalkan warmness seperti yang digesa oleh beliau sendiri.
Kalau yang tukang ajar tu pun tak apply apa yg di ajar, jangan haraplah anak murid nak ikut buta-buta macam tu. ingat, ilmu tanpa amal ibarat pokok tidak berbuah.
aku harap semua pengajar yang diluar sana, jangan lupa bahawa setiap yang berada di atas pasti akan turun ke bawah, lambat laun kita akan berblik kepada orang disekeliling kita. layanlah mereka seolah-olah kita juga mahukan layanan seumpama itu. tiada manusia yang suka diperlekeh dan dihina mentah-mentah. well, what u give u get back. i hope u also will learned it the hard way.

Sunday, March 21, 2010

Emak...Manusia Teragung

Emakku bernama Hasnah bt Mohamad, merupakan seorang yang sangat cantik dimataku, mempunyai senyuman yang mampu menyejukkan mata dan mempunyai pandangan yang sangat jauh. Paling menarik tentang emak ialah beliau seorang yang sangat berdikari dan bijak. Di dalam ketegasan beliau, masih ada sikap kebudak-budakan yang menyebabkan kebanyakan kanak-kanak suka dengan beliau. Pada usia sekarang, beliau masih gemar menonton cerita fairy tale, bermain permainan budak-budak dan membuat suara-suara pelik yang menyebabkan budak-budak ketawa. Emak juga seorang yang sangat peramah,mana beliau pergi, ada je yang beliau kenal.

Selama aku hidup, aku banyak melihat penderitaan emak di dalam membentuk keluarga dan membesarkan anak-anak. Emak sangat tabah. Sebesar mana dugaan yang diterima, beliau tidak pernah menyalahkan TUHAN, malah ada sahaja penyelesaian yang dicapai. Emak pernah kena buatan orang, tetapi emak tetap memaafkan orang tersebut dan tak pernah terlintas di jiwa beliau untuk memulangkansemula sihir tersebut kepada tuan punyanya.

Emak banyak membantu aku membesar. Emak juga banyak berkoraban untuk kebahagiaan anak-anaknya. Sebanyak mana pengorbanannya? Apabila anak-anak emak membuat salah, emak akan berdiri dan membela mereka. Di sini aku memberikan contoh bagi pengorbanan yang emak buat untuk kami:

**A’yen telah membuat kesalahan jalan raya yang melibatkan undang-undang, emak yang membantu menyelesaikan masalah beliau, membantu A’yen membela diri bagi mengelakkan hukuman. Akhirnya, A’yen boleh drive semula. Bila A’yen berkahwin, emak tak habis-habis memuji anaknya kelihatan muda dan comel dihadapan semua orang. Dia bangga anaknya yang dibesarkan 27 tahun telah berjaya mendirikan rumahtangga.

**A’yeh, mengalami kemalangan yang merosakkan kereta abah. Emak berusaha menutup perbuatannya dengan menggadai barang kemasnya untuk membaiki kereta abah. A’yeh je yang tak tahu, dia ingat mak marah tapi, emak marah kerana emak risau dia kene marah ngn abah dan emak sayang anak dia… emak pernah memuji bahawa kasih sayang A’yeh pada emak adalah yang paling sejati. Mungkin benar kerana A’yeh sentiasa ada bersama emak, sampai sekarang.

**Aku.. emak selalu puji aku cantik walaupun TUHAN jela yang tahu.. Emak selalu kata aku ni anak yang paling cantik kerana emak nak aku bangga dengan diri aku, nak aku membesar dengan keyakinan. Aku seorang yang pendiam semasa kecil, takut dengan orang. Emak bawa aku pergi ke majlis-majlis yang membolehkan aku bersosial dan membiasakan diri dengan orang ramai, sehinggalah aku menjadi aku yang hari ini. Emak tahu aku suka membaca, tetapi karanganku teruk. Emak lah yang membantu aku membuat karanganku sehingga aku berjaya mencontohi setiap bait perkataannya sehingga aku berjaya menjadi pelajar bahasa melayu terbaik. Aku tidak akan lupa pengorbanan emak untuk aku. Terutamanya bila emak menyelamatkan aku daripada dimalukan keluarga mertua dan melindungi aku ketika aku menghadapi krisis rumahtangga. Emak tidak menyebelahi sesiapa tetapi emak tetap buat aku percaya masih ada sinar buatku. Emak lah yang membantu aku hidup. Aku sayang emak..sangat sayang.

**Ikin, putus cinta, emak bagi dia semangat. Tengok, emok sporting kan? Emak kata, its ok, ikin muda lagi, ramai lagi yang lain di luar sana. U r just not meant to be together or u r just too good for him. Emak juga sangat berbangga dengan kejayaan ikin sekrang. Dulu kami selalu mengutuk ikin kerana suka berimaginasi tapi mak kata, berimaginasi macam tu baik untuk minda, Ternyata emak betul. Ikin dah berjaya menjadi pelajar perubatan di Universiti terkenal dengan pembiayaan dan tak lama lagi ikin akan menjadi doktor yang berjaya. Kakak harap ikin tak lupakan jasa emak..

**Uyu, mak sayang kat dia, just maybe emak tau perangai anaknya. Emak bagi dia peluang memilih jalan hidupnya, tidak seperti anak-anak yang lain yang emak tentukan. Emak nak uyu membesar menjadi anak yang berguna dan anak dara yang ada market..:) yang penting emak tidak memaksa uyu memlih masa depan uyu. Uyu kata uyu sunyi dan emak kata kesunyiaan itu adalah daripada syaitan. Kalau kita layan, kita yang merana. Uyu tengoklah bagaimana emak mengatasi kesunyiannya tanpa anak dan suami di sisi. Bolehkah Uyu menjadi sekuat emak?

**Nor, emak rasa Nor anak yang cukup berbakat di dalam pelbagai bidang. Terlalu universal hingga emak rasa bidang kemahiran paling sesuai untuk Nor. Emak pernah beritahu aku, dalam ramai-ramai anaknya, Nor lah yang akan menjadi paling berjaya dan paling kaya. Jangan lupa Nor, emak tu sangat berpandangan jauh, dan dia tahu apa yang dia katakan. Emak buat kakak percaya bahawa Nor mampu berjaya dan hiduplah dengan keyakinan itu.

**Farah, anak emak yang paling manja. Dah tingkatan 5 pun masih tidur dengan emak. Farah juga merupakan anak yang manis dan kerana itu banyaklah dugaan cinta yang datang menimpa. Emak tidak mahu Farah gagal dan terluka, maka emak bersikap tegas di dalam mendidik farah. Tunggulah bila Farah dah boleh mengimbangi hidup sendiri, carilah cinta itu. Jangan pula terlepas pandang pada cinta sejati yang tidak pernah pudar..kecintaan kepada emak.

Setelah kita tahu betapa sayangnya emak pada kita, masih mahukah kita meninggikan suara kepada emak? Sanggupkah kita hidup tanpa bertanya khabar emak setiap hari? Terfikirkah kita apa yang emak makan setiap hari semasa emak bersendirian, atau adakah emak tidak makan? Cukup sayangkah kita pada emak kalau kita sampai buat air mata emak menitis? Emak menangis bersama kita tapi bila emak menangis, adakah kita bersama emak??

Aku tak banyak mengetahui cerita-cerita adik-beradik yang lain kerana emak tak mahu aku atau yang lain memandang rendah kepada adik-beradik yang bermasalah. Emak juga banyak memendam rasa. Tapi emak kuat. Sangat kuat sehingga tiada penyakit yang mampu buat emak berdiam diri di rumah. Emak akan keluar mencari rezeki untuk kami dan memastikan keperluan kami cukup. Aku sangat kagum dengan kebolehan emak membesarkan 7 orang anak. Aku juga mahu menjadi seorang ibu sepertinya, yang bukan sekadar ibu tetapi kawan, lawan dan pemberi semangat meneruskan kehidupan.

Emak, intan sangat menyayangi emak dan emaklah pedoman intan di masa hadapan.

Untuk sesiapa yang membaca, hayati lirik lagu ini:

Mamma

You gave life to me Turned a baby into a lady
Mamma All you had to offer Was the promises of a lifetime of love
And I know A love so complete
Someday must leave
Must say goodbye
Goodbye's the saddest word I'll ever hear
Goodbye's the last time I will hold you near
Someday you'll say that word and I will cry
It'll break my heart to hear you say goodbye

But the love you gave me will always live
You'll always be there every time I fall
You offered me the greatest love of all
You take my weakness and you make me strong
And I will always love you 'til forever comes
And when you need me
I'll be there for you always
I'll be there your whole life through
I'll be there this I promise you, Mamma
Mamma,
I'll be I'll be there through the darkest nights
I'll be the wings that guide your broken flight
I'll be your shelter through the raging storm
And I will love you 'till forever comes
Goodbye's the saddest word I'll ever hear
Goodbye's the last time I will hold you near
Someday you'll say that word and I will cry
It'll break my heart to hear you say goodbye

I will cry everytime I think that someday the lyrics will come to life, to say goodbye to each other. But I hope emak akan hidup dengan lebih lama kerana aku berhutang kasih sayang dengan beliau. Masih belum sempat aku gembirakan hati emak. Emak, tunggulah, intan akan bahagiakan emak, bermula sekarang..insyALLAH. dan jika ada sesiapa yang mahu sakitkan emak, they'll have to hurt me first, i promise u emak.

Ya ALLAH, KAU ampunilah dosa ibubapaku, KAU sayangilah emak lebih daripada dia menyayangiku semasa kecil, dan KAU berkatilah hidupnya dengan memberinya kebaikan dunia dan akhirat dan, janjikanlah syurga untuknya. Kasih sayangnya tidak terbalas, oleh itu KAU haramkanlah tubuh emak daripada api neraka..Amin.

Friday, March 19, 2010

Permainan yang tak boleh dilupakan

Main getah – seronok main lompat getah ni. Hanya yang cekal je boleh sampai ke tahap jaya iaitu tahap tangan di julang dan kena lompat getah tu tanpa mengait atau menarik getah tersebut, sape boleh lepas, memang terror la.. aku ingat lagi bila nak mulakan permainan ni, kena langkah getah dan sebut ‘ zero point’.. Maksu Hasmah memang pandai main ni, juaralah..
Sudu-sudu itik – permainan ni ada lagu. ‘sudu-sudu itik itik daun da, alek mana itik tido, itik tido bawah kedai, cap putar lorek-lorek (2x)…..cara main, sorang kene baring, yang lain letak tangan atas belakang dia then nyanyi lagu tu sambil pas kertas. Habis lagu tu, yang tido tu kene teka kertas tu ada kat sape. Selalgi tak dapat teka, selagi tu la kena baring..huhu.kesian

Ba-ba buaya – main buaya-buaya..ada tempat yang darat, ada tempat air. Ada lagu jugak. ‘Ba-ba buaya, ba buaya ekor panje, mu nak jadi ko tokse? ‘ klu nak jawabla nak, kalau taknak, jawab taknak.

Main kepung-kepung – Dua orang pegang tangan, pastu buat macam gerbang. Yang lain akan masuk melalui tangan tersebut. Lagu dia camni ‘ Jan jan jalok itik jalok ayam, berapa lubang kancil, 150, panggil makcik joyah makan sirih mulut meeeerah!’ yang kene kepung masa mulut merah tu akan terkeluar daripada permainan tersebut.. favourite uyu, nor n farah masa kecik-kecik ni..hehe

Main sambung-sambung perkataan – Contohnya ialah floweR- RicE -EveN - NeveR - Runi mukherjee… hahah…Yang rani tu saje nak sakat si farah, adik aku yang bongsu. Jangan marah ye… Main sambung-sambung perkataan camni boleh meningkatkan ketajaman akal..mesti sambung dalam masa 5 saat. Kalau tak, OUT-OF-THE-GAME!

Main Arbok – ha, game ni memang sangat best. Mesti ada 4 kad huruf yang sama, contohnya 4 kad huruf A, 4 kad huruf B, dan seterusnya. Setiap orang kene pilih nama masing-masing, contohnya melur, dahlia, cempaka dan ros. Kacuk kad tu biar semua dah tak ikut susunan masing-masing. Letak kat tengah, ambil dengan cepat, letak kat depan, biar semua nmpak. Klu terambil huruf yang sama dengan pemain lain, kene teka nama dia dengan cepat. Sape dapat teka dulu, dia akan dapat kad pemain yang diteka. Kalau huruf tak sama tapi teka juga nama orang, untuk terkejutkan dia, habis semua kad dia kene letak kat tengah. Padan muka! Game ni best, tak caya, tanya Cik Dah, sampai basah tempat duduk depan pintu rumah ayah, sebab tak tahan ketawa..hehehehehe

Main bola bayang – ada 2 kumpulan, 1 akan masuk dalam gelanggang, satu kumpulan bahagi 2 utk baling bola pada org tengah, hujung ke hujung. Sape kene, kene keluar. Tapi kalau masa bola tu dibaling, org dlm gelanggang dapat sambut bola tu, dia dapat satu mata, boleh guna untuk imun semasa kene baling atau masukkan balik kawan yang dah terkeluar. Game ni abg yen paling handal. Selalu dia yang paling lambat keluar. Bila dia baling orang, dia baling kuat2..ish..jgnla camtu bang..

Banyak lagi games yang lain…. Just tak ingat je..hehe.. seronok dapat ingat masa lalu, kenangan yang tak mungkin padam. Tanpa kenangan-kenangan tu, tentunya hidup kita menjadi sangat membosankan. Sekurang-kurangnya kita ada sesuatu yang kita boleh gelakkan sama-sama… :D

Wednesday, March 17, 2010

Kata-kata yang best dan boleh digunakan ketika diri ini menghadapi menghadapi kesukaran

  • Yesterday was history, tomorrow is a mystery, today is a gift, that’s why they call it present
  • Respect cannot be bought, it must be developed
  • Something worth having is worth fighting for
  • GOD forgive, who are we to not to?
  • Gravity is not to blame for two people falling in love
  • You can pour your heart singing a song u believe in, that tomorrow they’ll forget you ever sang, sing it anyway
  • Trouble don’t breaks you, it makes you, you
  • We must have foresight ( originally from abah)
  • Jangan jadi macam ayam, baru bertelur sebiji dah riuh sekampung, lastly telur tu kene amik ngn org (mak selalu cakap yg ni, ingat sampai bila-bila)
  • You are what you eat ( ikin's fav quote)

Saturday, March 13, 2010

Petua siri II

Mesti adik-adik tertunggu-tunggu petua dapur siri II dari aku kan? Ha, kali ni aku nak merungkai masalah-masalah utama yang biasa dibuat di dapur, sengaja atau tidak. Tujuannya agar senang nak bawa diri bila ke rumah orang nanti, contohnya seperti dah kahwin.

Ok, apa yang nak diceritakan ialah:

1. Perbezaan antara lengkuas dan halia. Confirm ramai yang tak tahu beza. Ok, halia tu dia lebih lembut daripada lengkuas, senang je bila nak potong, walaupun dah tua. Lengkuas pula, lebih keras daripada halia. Lengkuas muda biasanya ada warna pink sket pada kulitnye, yg dah tua, kekuningan ok. Bau dia pun ada beza. Bagi yang biasa minum teh halia, mesti lebih senang nak bezakan antara kedua-duanya alright.










LENGKUAS HALIA


2. Dalam siri pertama aku ada cakap pasal masak TAUCHU kan? Tak ramai orang tau masakan ni. Sebenarnya, tauchu tu ialah kacang masin, diperam dengan garam. Korang tak payah susah-susah buat sendiri, semua dah siap jual kat kedai. Rasa masakan tu masam, pedas dan masin. Sedapla klu makan dengan nasi. Ingat, klu buat masakan tauchu, jangan letak garam yang banyak, rasa dulu k. Goreng ikan, tumis bwg merah dan putih, letak halia, masuk air, sesudu besar tauchu, asam keping dan cili kecik. Masukkan ikan yang dah dimasak, siap!

3. Cuba tengok gambar-gambar di bawah ni:










*Sink yang tak dibasuh selepas basuh pinggan
*Plastik makanan segera yang tak dibuang
*Kulit bawang yang ditinggalkan di atas meja selepas dikupas

Bila tengok gambar-gambar di atas, mungkin ada la yang akan terasa, kan? Tujuan aku tulis ni pun sebab nak bagi kesedaran. Biasalah, kalau tak diingatkan, maka orang akan ingat benda tu tak penting. Tak patut benda-benda di atas tu berlaku. Kalau pergi rumah orang dan buat macam tu, confirm tuan umah dah tak bagi korang dtg balik umah dia. Be a good girl ok, baru ada market..hehehe

4. Apa lagi nak bitau ye? Hm…pasal kulit kayu manis, bunga lawang, jintan, ketumbar dan macam-macam tu, korang boleh belajar secara perlahan-lahan ok. Yang penting tahu cara nak menggunakan bahan-bahan asas ok.

Tunggu kemunculan post seterusnya… Surprise!!! (happy birthday..hehhe)