Sejak kecil kita dijaga oleh sistem pertahanan tubuh. Bila kita lapar, otak lapar akan dirangsang dan kita akan makan, sama macam bila kita haus. Sistem pertahanan badan akan ingat setiap penyakit yang masuk ke tubuh kita dan menjaga kesihatan kita agar kita dapat beribadah dan bekerja menjalani kehidupan yang normal. Kenapa? Untuk ingatkan kita, kita ada tanggungjawab menjaga tubuh badan yang dipinjamkan kepada kita ni. Semakin hari badan kita akan semakin kuat kemudian, hukum alam, kita akan menjadi semakin tua dan semakin lemah.
Bila kita semakin berusia, kita menjadi semakin malas untuk menjaga diri kita. Berapa ramai antara kita yang membiasakan minum air sebanyak 8 gelas sehari? Dan berapa banyak yang minum air suam kosong sebanyak 8 gelas sehari? Berapa ramai yang mengelak dari makan makanan yang memudaratkan? Berapa banyak yang bersenam untuk kekalkan stamina agar tidak malas untuk bersolat dan beribadat? Berapa ramai yang bersolat?
Bila kita semakin tua, badan kita semakin lemah untuk mengingatkan kita tentang apa yang kita perlu lakukan untuk sentiasa sihat. Otak dahaga sudah tidak aktif maka kita hanya minum bila kita rasa mahu minum. Selebihnya kita hanya akan bekerja meningkatkan taraf hidup atau berseronok. Bila tiba bulan ramadhan, masa ini lah masa untuk otak dahaga kembali aktif, air suam pun rasa nikmat bagai disyurga. Maklumlah, berbuat dosa itu adalah kegembiraan. Namun tak semua dipandang dengan pandangan negatif. Bila berbuka, air dicapai dahulu. Lega tekak dibasahi air yang selama ini kita tak pandang pun.
Bagus juga ada bulan ramadhan. Mengingatkan kita bahawa ada tubuh yang perlu kita jaga, bukan dengan memakan makanan yang memudaratkan tetapi sedap sahaja. Bila semakin berusia lagi, semakin kita malas untuk minum dan tidur pada waktunya. Padahal, dalam solat pun ada waktu rehat, ini kan pula badan yang kita bawa sepanjang hari mencari rezeki dan membaiki kehidupan. Kalau tak tidur 8 jam pun tak mengapa lah jika masa sedar itu diisikan dengan ibadah. Ini pergi berfoya-foya, berbual kosong atau menghabiskan masa di hadapan televisyen. Bukan sahaja badan semakin penat, malah semakin sakit.
Bila badan semakin sakit, mula lah farmasi dikunjungi, doktor didatangi. Untuk memulihkan hidup yang semakin lesu. Ubat di makan, badan kembali sihat tetapi badan masih tidak dijaga. Ramai yang tidak sedar bahawa bagaimana kita menjaga diri juga akan ditanya di akhirat kelak. Pernah kah kita bangun pagi, dan mendapati diri kita semakin sihat dan bibir mula melafazkan ‘AlhamduliLLAH’? atau kita menjerit kegembiraan kerana sudah boleh pergi berkelah dan bersiar-siar bertemu kekasih hati? Suka kah kita jika perbuatan baik kita dilupakan begitu sahaja? Apakah pandangan ALLAh terhadap kita dengan sikap mudah lupa kita? Atau masihkan ALLAH memandang kita dengan pandangan kasih sayang ataukah DIA memandang kita dengan pandangan murka? NauzubiLLAH!
Tulisan ini mungkin mempunyai beberapa kesalahan ejaan. ia boleh di ubah. Alangkah baiknya jika kita mampu melihat kesilapan diri kita seperti kita mencari kesalahan ejaan yang seterusnya dan mengubah takdir kita.Fikir-fikirkanlah….
No comments:
Post a Comment