Friday, March 19, 2010

Permainan yang tak boleh dilupakan

Main getah – seronok main lompat getah ni. Hanya yang cekal je boleh sampai ke tahap jaya iaitu tahap tangan di julang dan kena lompat getah tu tanpa mengait atau menarik getah tersebut, sape boleh lepas, memang terror la.. aku ingat lagi bila nak mulakan permainan ni, kena langkah getah dan sebut ‘ zero point’.. Maksu Hasmah memang pandai main ni, juaralah..
Sudu-sudu itik – permainan ni ada lagu. ‘sudu-sudu itik itik daun da, alek mana itik tido, itik tido bawah kedai, cap putar lorek-lorek (2x)…..cara main, sorang kene baring, yang lain letak tangan atas belakang dia then nyanyi lagu tu sambil pas kertas. Habis lagu tu, yang tido tu kene teka kertas tu ada kat sape. Selalgi tak dapat teka, selagi tu la kena baring..huhu.kesian

Ba-ba buaya – main buaya-buaya..ada tempat yang darat, ada tempat air. Ada lagu jugak. ‘Ba-ba buaya, ba buaya ekor panje, mu nak jadi ko tokse? ‘ klu nak jawabla nak, kalau taknak, jawab taknak.

Main kepung-kepung – Dua orang pegang tangan, pastu buat macam gerbang. Yang lain akan masuk melalui tangan tersebut. Lagu dia camni ‘ Jan jan jalok itik jalok ayam, berapa lubang kancil, 150, panggil makcik joyah makan sirih mulut meeeerah!’ yang kene kepung masa mulut merah tu akan terkeluar daripada permainan tersebut.. favourite uyu, nor n farah masa kecik-kecik ni..hehe

Main sambung-sambung perkataan – Contohnya ialah floweR- RicE -EveN - NeveR - Runi mukherjee… hahah…Yang rani tu saje nak sakat si farah, adik aku yang bongsu. Jangan marah ye… Main sambung-sambung perkataan camni boleh meningkatkan ketajaman akal..mesti sambung dalam masa 5 saat. Kalau tak, OUT-OF-THE-GAME!

Main Arbok – ha, game ni memang sangat best. Mesti ada 4 kad huruf yang sama, contohnya 4 kad huruf A, 4 kad huruf B, dan seterusnya. Setiap orang kene pilih nama masing-masing, contohnya melur, dahlia, cempaka dan ros. Kacuk kad tu biar semua dah tak ikut susunan masing-masing. Letak kat tengah, ambil dengan cepat, letak kat depan, biar semua nmpak. Klu terambil huruf yang sama dengan pemain lain, kene teka nama dia dengan cepat. Sape dapat teka dulu, dia akan dapat kad pemain yang diteka. Kalau huruf tak sama tapi teka juga nama orang, untuk terkejutkan dia, habis semua kad dia kene letak kat tengah. Padan muka! Game ni best, tak caya, tanya Cik Dah, sampai basah tempat duduk depan pintu rumah ayah, sebab tak tahan ketawa..hehehehehe

Main bola bayang – ada 2 kumpulan, 1 akan masuk dalam gelanggang, satu kumpulan bahagi 2 utk baling bola pada org tengah, hujung ke hujung. Sape kene, kene keluar. Tapi kalau masa bola tu dibaling, org dlm gelanggang dapat sambut bola tu, dia dapat satu mata, boleh guna untuk imun semasa kene baling atau masukkan balik kawan yang dah terkeluar. Game ni abg yen paling handal. Selalu dia yang paling lambat keluar. Bila dia baling orang, dia baling kuat2..ish..jgnla camtu bang..

Banyak lagi games yang lain…. Just tak ingat je..hehe.. seronok dapat ingat masa lalu, kenangan yang tak mungkin padam. Tanpa kenangan-kenangan tu, tentunya hidup kita menjadi sangat membosankan. Sekurang-kurangnya kita ada sesuatu yang kita boleh gelakkan sama-sama… :D

1 comment:

  1. was crying when i read thru all those lines in your entry this time
    how fast time flies...omg, im 22!
    it was more than a decade ago i used to play all these games subhanalllah...
    u make me homesick kak!huhuuhuhu
    i really wish i cud go back to those years, those times where we were still a lil girl, knowing so little about the meaning of life...
    as we all grown up, i see us (the fantastic 5:Intans :D), is kind of not so rapat anymore.
    i see and feel d gap.
    well, pple change.pple grown up. and as time pass by, we all get older, and we all add more responsibilities on our shoulder.
    now u have ur family, i hav my studies to catch up, so do our other 4 lil sisters.
    i feel kind of separated from everyone due to these miles of distance.me especially.sigh... meeting u all once a year makes the bonding weak.
    subhanallah, i thank you kak for bringing back all these bits of my past memories, at least i remember who i am and where i come from
    just nk add one more game: main masak2 tepi rumah alek jatuh ngan main coh depan umah mak mama :D
    hahhaaha, i miss those time!im not so good in those games, especially main getah!so not my type lol
    i remembered cycling with abeyen n we fall down.had an accident depan umah alek jatuh. i had a cut at my frenulum (now i know the proper term of this body part) a.k.a bhgn dalam bibir terkoyak
    i bleed profusely!gosh...
    i also remember we always play cikgu2, ajar adik2 membaca.haha,ayah eja rambut macam ni: ram ram ram, but but but. rambut!
    Cute!!!LOL
    so long time ago :)
    tq again sis :)

    ReplyDelete